Friday, November 19, 2010

Bunuh Diri =(






Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A,  sabda Rasulullah S.A.W;


مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Hadith ini dengan sejelas-jelasnya telah menyatakan hukum bunuh diri adalah haram dan dimurkai Allah. Azab yang tidak terperi sakitnya akan diterima di akhirat sama seperti perbuatannya membunuh diri sendiri. Mereka yang cenderung melakukan perbuatan seperti ini selalunya mengalami kemurungan yang serius, stress tidak terkawal, Emosi yang tidak menentu yang akhirnya memakan diri. Sebagai Muslim, kita hendaklah menjauhi pemikiran sebegini dan cuba mendapatkan bantuan dan kaunseling secepat mungkin sekiranya ada tanda-tanda kemurungan melampau.
 
Post kali ini agak serius kerana isu yang dibangkitkan juga adalah serius. Gejala bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia setakat ini tidaklah sampai ke tahap membimbangkan namun lain pula di negara-negara luar. Sebagai contoh, statistik menunjukkan 11.3 orang dari setiap 100,000 orang di US mati akibat bunuh diri. Hinggakan gejala bunuh diri merupakan punca ke 10 sebab utama kematian di US.

Video ini mungkin akan menyebabkan korang sedikit disturbed; dan kalau korang lemah semangat or tak suka benda-benda macam ni, aku sarankan korang jangan tengokla ok. Aku post ni pun just untuk renungan bersama dan pengajaran yang boleh diambil. Tersiksa aku tengok budak ni saat-saat malaikat nak cabut nyawa dia tu. Hmmm~ renung-renungkanlah.





No comments:

Post a Comment